Monday, 18 May 2015

Trip to Bumi Atarturk, Turkey - PART SIX

HARI KE-TUJUH KE ISTANBUL (GRAND BAZAAR, SPICES MARKET, HAGIA SOFYA)


Sebenarnya untuk hari ketujuh ni kami perlu ke Ankara dari Cappadocia tapi memandangkan perjalanan untuk hari ketujuh ni akan memakan masa yang sangat lama sebab kami akan bergerak terus ke Istanbul untuk check in. Jadi Aunty F kasi suggestion why not we take flight from Cappadocia dan direct pergi Istanbul terus without using coach as our transportation. After ambik kira yang tempat di Ankara tu pun more to cuma pusat politik dan pentadbiran kerajaan Turki, so kami proceed dengan planning untuk naik flight sahaja. Kos flight seorang dari Cappadocia ke Istanbul dalam 350 lira sahaja. 

Setibanya di Airport Istanbul, kami dijemput oleh salah seorang tour guide dari company yang sama dengan Mr.Yasar. Driver terus bawa kami berempat ke tempat shopping iaitu Grand Bazaar dan Spices Market. 

Grand Bazar ni menempatkan beribu kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti bag, barangan kulit, barangan kaca, cenderamata dan sebagainya. Disebabkan tempat ni terlalu besar dan I tak larat nak jalan jauh sangat I singgah kat kedai kebab sementara tunggu Aunty F and my mom shopping. Dekat Grand Bazar ni pintu masuk dia sangat banyak and bila dah masuk kat dalam tu memang boleh sesat macam main maze. So in order to not get lost, make sure masa awal masuk ke Grand Bazar tu snap gambar pintu entrance so that nanti ingat nak keluar ikut pintu mana.

Spices Market berlokasi tak jauh dari Grand Bazaar, cuma 8 minit jalan kaki. Kami pergi jugaklah cuci mata kat side sana. Tak beli apa-apa sebab dah borong banyak benda kat Grand Bazaar. Settle je cuci mata kat sini, all of us terus grab a cab and balik hotel. Time tu waktu dah menunjukkan pukul 5 petang. Group kami yang naik coach dari Cappadocia masih tak nampak lagi batang hidung. Masa dinner around 8.30 malam baru kami nampak ketibaan diorang. Rupanya they stucked in traffic jammed. All the way dari Cappadocia tu diorang ada singgah Ankara. Balik dari Ankara tu diorang stuck so total perjalanan diorang on the road were about 10 hours. Bila dengar macam tu rasa bersyukur yang kami decide untuk tak buang masa and naik flight.

HARI KE-LAPAN ISTANBUL (CITY TOUR, TOPKAPI PALACE)

This is our last day in Turkey. Hari terakhir ni kami ke Topkapi Palace tempat yang sepatutnya kami pergi masa first day tapi sebab tak sempat kami ke sini balik pada hari terakhir. Topkapi Palace ni istana di atas bukit yang dibina masa pemerintahan Sultan Mehmed II. Kawasan istana ni besar paling best bila jalan kat taman istana ni. Rasa sangat aman sebab banyak pokok-pokok rendang dan bunga-bungaan yang berwarna warni.

Jika berkunjung ke sini, tempat wajib yang kena masuk adalah Harem. Harem ni tempat tinggal Sultan and his families. Selain Harem ada beberapa lagi tempat yang perlu singgah antaranya Chambers of the Sacred Relics, Babussade Gate, The Chambers of Petition. Di laluan untuk keluar dari Topkapi Palace ni akan ada satu corridor menghadap Bhosporus Strait. View dari sini boleh nampak the whole city and u can even see The Galata Tower from here. Rasa macam tak nak balik bila witnessed view dari sini.

Bila jam dah menunjukkan pukul 11.30 pagi kami berempat terpaksa meneruskan perjalanan ke Airport Istanbul sebab flight schedule kami untuk ke KL adalah pukul 3.00 petang. Mr. Yasar hantar kami  ke airport hingga ke kaunter check in. Sedih nak meninggalkan bumi Ataturk ni tapi I dapat rasa yang one day I will come back here. I love everything about the place, the people, the culture, the foods. It's a perfect place untuk melupakan segala masalah duniawi kat Malaysia tu. Thank you for the wonderful and unforgettable experience Turkey. See you again. Insyallah.

No comments:

Post a Comment