Hari ini adalah hari yang paling ditunggu-tunggu sebab nak naik hot air balloon. Hari sebelumnya Mr.Yassar dah kutip bayaran dari sesiapa yang berminat nak naik. Kos naik hot air balloon ini adalah dalam 800 lira (RM830) seorang. Yes, memang mahal tapi berbaloi sebab pengalaman yang bukan boleh dapat hari-hari.
Pukul 4.30 pagi me and my mom dah bersiap dan tunggu di lobi. Aunty F and si kecil F pun dah siap bersedia. Kami naik van dan dibawa ke tempat di mana hot air balloon akan take off. Sepanjang perjalanan ke kawasan tersebut dari jauh kami dah nampak hot air balloon yang sedang di isi angin dengan cara memanaskan balloon tersebut dengan api yang marak.
Kami selamat tiba di designated place for take-off dan diberi sedikit briefing berkenaan jika berlaku kecemasan dan keselamatan semasa berada di dalam bakul hot air balloon. Bakul yang kami naiki boleh memuatkan 10 orang dalam satu-satu masa. Bakul hot air balloon tu memang besar paras-paras dada I la jgk. Cuaca sebelum naik memang sangat sejuk sebab masih pagi. Nasib baik dah siap pakai sweater (jeng jeng). Ini lah masanya merasmikan sweater baru yang dibeli masa kat leather factory kelmarin. Saat dimana balloon dah start terbang, ada sedikit perasaan berdebar membayangkan macam mana la kalau tiba-tiba balloon ni koyak dan terhempas (Nauzubillah). Banyak sangat tengok Final Destination macam ni la.
Walaubagaimanapun pilot hot air-balloon yang mengendalikan balloon kami ni perempuan dan mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun. So we're in a good hands. Semakin tinggi balloons naik keadaan sekitarnya pun semakin terang sebab hari dah siang. Pemandangan dari atas tu Alluahakbar memang tersangat cantik.
Kami spend time menikmati pemandangan kat atas tu lebih kurang 1 jam lebih sebelum pilot instruct us untuk get ready untuk mendarat. Untuk mendarat kami diminta supaya tunduk ke bawah dengan keadaan bend knee sedikit dan pegang bakul untuk mengelakkan daripada terjatuh semasa bakul bergesel dengan tanah atau rumput. Selesai mendarat, ada satu lagi keadaan mencabar yang kami kena hadap iaitu panjat bakul yang tinggi tu untuk keluar dari bakul. Ada moment happened here and kelakar dimana my mom tak kuat nak push diri dia untuk keluar dari bakul tinggi tu so one of the helper kat situ (Pak Turkish) actually helped her and kendong my mom bukan bwk turun kat tanah tapi kendong dia sampai belakang lori!
| Gambar pemandangan Cappadocia dari hot air balloon yang dinaiki kami. Super amazing. |
![]() |
| Muka-muka ceria selepas mendarat. Dapat sijil. Nampak tak jacket bau kedai tu? |
![]() |
| Okay ni gambar clear sikit. |
Selepas semua selesai bergambar dan enjoy sedikit refreshment yang dihidangkan (air sirap), kami bergegas pulang ke hotel untuk breakfast dan checked out.
Destinasi kami seterusnya adalah pergi ke Goreme Open Air Museum. Terdapat beberapa gua yang diukir di tempat ini yang dijadikan sebagai gereja pada zaman 1000 tahun dahulu. Painting dalam ni di preserved menggunakan najis burung merpati. Tapi jangan risau najis-najis tu semua dah tak ada yang tinggal hanyalah lukisan-lukisan di dinding tu.
Setelah itu kami bergerak ke Love Valley yang mempunyai formasi batu-batuan yang sangat "unik". Kena gunakan kebijaksanaan dan daya imaginasi yang tinggi nak menterjemahkan bentuk batu-batu kat sini.
Right after that, kami terus bergerak ke Underground City di kawasan yang berdekatan dengan Love Valley tadi. Untuk masuk ke underground city ni a bit mencabar especially untuk makcik-makcik berusia (my mom la tu) sebab kena guna ketahanan lutut dan fizikal. Namun begitu, my mom berjaya juga menhabiskan tour underground city ni tanpa sebarang kecederaan. Dia pun nampak bersemangat especially bila tour guide tu ada buat pop quiz "if you're clever what is this hole for" sambil tunjuk batu yang seperti ada beberapa kawah kecil di permukaannya. Dengan pantas my mom jawab "I know it's for spices". My mom punya general knowledge memang A plus. I yang muda ni pun tak tahu what it is for.

No comments:
Post a Comment