HARI KETIGA KE ANZAC COVE CANNAKALE, EPHESUS DAN COTTON CASTLE PAMMUKALE
Selesai breakfast di hotel kami terus siap-siap checked out untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Anzac Cove, Cannakale. Anzac Cove berada di semenanjung Gallipoli dan terkenal dengan tempatnya peperangan WW1. Anzac ni bermaksud Australian and New Zealand Army Corps. Kawasan yang kami pergi ni mostly the view were facing the sea and hills. Jadi sepanjang perjalanan menuju ke tapak memorial Anzac Cove ni memang tak membosankan. Mr. Yasar bawa kami ke satu memorial park di mana askar-askar Islam dikebumikan bersebelahan dengan askar-askar Non-Muslim yang terkorban semasa peperangan tersebut. Apa yang menarik adalah suasana kubur-kubur kat sini tak nampak menakutkan sebab pemandangan laut kat sini sangat indah dan persekitaran kubur ni bersih dan terang. Kalau kubur-kubur kat Malaysia majoriti have this eerie feeling dan banyak sangat pokok-pokok besar menjalar. Tak pasti kenapa tak ditebang je pokok-pokok tu.
| Sedekahkan Al-Fatihah untuk askar Muslim yang terkorban |
Kami seterusnya bergerak ke Ephesus iaitu kota lama masyarakat pagan. Tempat ni adalah tempat paling I suka dan terkesan sangat sebab I love watching drama series yang berkaitan dengan Roman Empire, zaman raja-raja terdahulu. Berlegar-legar di Old City ni I berangan jgk how it feels like hidup zaman dulu. Old City ni ada bermacam jenis kemudahan antaranya seperti library, public bath, brothel(haha), theather, hospital, tempat sembahyang dan lain-lain lagi. Kehidupan zaman dulu sama je macam zaman sekarang yang bezanya canggih atau tak. Masa yang dihabiskan untuk berlenggang-kangkung di tempat ni dalam lebih kurang 2 jam sebelum semua berkumpul di pintu keluar.
![]() |
| Laluan nak masuk ke Old City of Ephesus. Cuaca memang panas bak hang tapi redha je la. |
![]() |
| Ini adalah public library. Sangat gah kan? |
| Attempt untuk selfie berlatar belakangkan public library tapi dapat separuh je. (First time post muka sendiri ni) |
Selesai di Old City Of Ephesus, kami bergerak ke Cotton Castle, Pamukkale. Ini pun tempat yang paling I tak sabar nak sampai sebenarnya sebab selalu nampak gambar kat internet je. The place is entirely magical. Sampai je di tempat drop off I nampak my mom jalan laju je kedepan tak pandang kiri kanan. Rupanya di nampak sekelompok bunga-bungaan bermacam warna along the pathway to Cotton Castle tu. Mak-mak ni memang pantang tengok pokok bunga kan. Rasanya memory camera penuh dengan gambar my mom and flowers je.
Cotton Castle ni actually hot spring dan permukaan putih-putih tu terhasil daripada garam. Ramai pengunjung yang tak melepaskan peluang berendam dalam hot spring ni tapi memandangkan kami mengejar masa, none of us berendam dalam tu cuma sempat rendam kaki je.
Dah puas berendam kaki, kami berjalan kaki balik ke entrance yang van drop off kami tadi dan pulang ke hotel untuk makan malam dan berehat sebelum sambung perjalanan esok.
Cotton Castle ni actually hot spring dan permukaan putih-putih tu terhasil daripada garam. Ramai pengunjung yang tak melepaskan peluang berendam dalam hot spring ni tapi memandangkan kami mengejar masa, none of us berendam dalam tu cuma sempat rendam kaki je.
| I tengah feeling-feeling layan perasaan. Pandai my mom snap gambar kan? |
Dah puas berendam kaki, kami berjalan kaki balik ke entrance yang van drop off kami tadi dan pulang ke hotel untuk makan malam dan berehat sebelum sambung perjalanan esok.


No comments:
Post a Comment