HARI KEMPAT KE BURSA, TROY DAN KUSADASI
Seawal 6.00 pagi I dah bangun dan get ready untuk breakfast kat hotel sementara tunggu van yang bakal pickup kami berempat. Memandangkan kami akan bergerak ke daerah lain yang jauh dari bandar Bursa, kami dah diingatkan oleh Mr.Yasar to check out hotel bersama barang-barang.
Perjalanan dari hotel kami di Cannakale ni untuk ke Bursa mengambil masa lebih kurang 3 jam. Destinasi pertama kami ialah Grand Mosque Bursa. Sempat celup tangan dalam water fountain yang terdapat dalam masjid yang bertujuan untuk wudhu. Seterusnya kami bergerak ke Green Tomb dimana Sultan Mehmed and his family relatives disemadikan. Berhadapan dengan Green Tomb ni ada Green Mosque so alang-alang tu kami jalan kaki je untuk ke sana. Dalam Green Mosque ni pun sejuk dan damai sama seperti Grand Mosque Bursa tadi. I rasa masjid-masjid kat sini semua sejuk sebab batu-batuan yang digunakan untuk binaan masjid ni guna batu-batu marmar asli. Seni ukiran pada masjid ni semua pula ada yang menggunakan tangan dan bukan pakai mesin.
 |
Nampak water fountain tengah-tengah tu?
Ni jemaah lelaki dah start solat Zohor. |
Selesai melawat tempat-tempat tadi kami singgah di Silk Bazaar. Dalam Silk Bazaar ni banyak lampu-lampu hiasan kristal yang berwarna warni dijual dengan harga yang sangat murah compared to lampu design sama yang dijual di Malaysia. Memandangkan I dengan my mom jenis malas nak beli item yang fragile macam tu so kitorang cuma beli kain pashmina dan shawl. Harga pashmina yang paling mahal dalam kedai ni pun cuma berharga 50 lira dengan kualiti yang paling bagus. Sepanjang tepi pejalan kaki di area sini ramai peniaga kecil-kecilan yang menjual pelbagai karper, keychain dan souvenir lain yang boleh dikatakan murah daripada tempat lain. All of the sellers are super friendly too. Kalau nak tawar menawar tak perlu gusar yang diorang akan marah (unlike Chinese seller kat Ghuangzou dulu kami siap kena maki lagi sebab tak beli after tawar harga lagi rendah).
 |
Lampu-lampu hiasan yang dijual di Silk Bazaar.
Harga lampu ni start dari 80 lira hingga 300 lira.
Murah? YES! |
 |
| Pemandangan dari Hotel Marina, Kusadasi. Amazing view right? |
No comments:
Post a Comment