Trip untuk ke Turkey kali kedua ni sebenarnya unexpected sebab mula-mula I booking untuk join trip Balkan tapi beberapa bulan selepas booking trip Balkan tu I found out that I'm actually pregnant. Jadi untuk first trimester tu I was so sick, selalu sangat pedih perut sampai kena berguling. Morning sickness pula memang tak pernah kena. Jadi I terbayang kalau tiba masanya untuk pergi Balkan tu buatnya I kena serangan sakit perut sampai nak berguling ni laratkah aku? Tanpa berfikir panjang I terus contact travel agent untuk cancel tapi diorang kata tak boleh refund duit but I boleh use the deposit I paid before untuk guna pergi trip lain. Masa I dah masuk second trimester time ni perut dah tak berapa sakit macam first trimester. Tiba-tiba teringat pulak deposit yang I dah bayar tu and rasa macam body dah ready untuk pergi vacation. I check dengan agent if ada slot kosong untuk ke Balkan bulan September tapi slot dah tak ada dan slot yang ada cuma trip ke Turki dan Uzbekiztan. Since I memang kena guna deposit tu untuk pergi vacation on the September coz masuk bulan Oktober I dah kena quarantine tak boleh naik flight so I decided untuk pergi Turki. Lagipun my brother and sister masih belum jejakkan kaki di Bumi Turki jadi tak apalah, Turki ni memang dekat di hati sangat dari awal dulu pergi. Kalau nak pergi 10x pun rasanya I memang takkan jemu dengan suasana masyarakat kat sana, makanan mereka, dan juga pemandangan kat sana memang tak pernah menjemukan I.
Trip kali ni I tak do private tour macam before this, kali ni punya trip ala-ala rombongan cik kiah naik bus tu. Campur-campur dengan random people. But trust me, walaupun trip ni bercampur dengan orang lain tapi semua peserta trip ni sangat sporting dan cool. Lagipun dapat kenal dengan orang baru dari serata negeri. Untuk yang curious, trip Turki ni I guna khidmat agent IBC Tours & Travel. I memang jenis random je try walaupun sebelum ni memang tak pernah join mana-mana group package. Masa pergi Europe trip pun pergi sendiri je private trip. Bak kata orang tak try then tak tau kan?
HARI PERTAMA
Flight yang agent kami guna untuk ke Istanbul ni juga adalah flight I yang pertama menggunakan Mahan Airlines. Mahan Airlines ni adalah flight rasmi dari negara Iran. Berdebar juga bila dapat tau sebab bila dengar flight Iran ni terus terlintas kat benak otak ni "selamat ke?". Amazingly selepas experienced naik Mahan Air ni I could say this is one of the best airline yang almost every hour they will serve you food and the portion of the foods, Mashallah big portion. Bayangkanlah pukul 12 malam orang tengah nak tidur diorang boleh hidang nasi beryani ayam yer. Memang nak kasi orang jadi ular sawa kenyang makan beryani terus tidur. Flight ke Istanbul ni akan transit di Tehran untuk beberapa jam (masa tu transit cuma 2 jam). Please bear in mind masa transit di Tehran untuk yang free hair kena cover rambut pakailah shawl or cap ke sebab thats the rules in Iran untuk perempuan memang kena cover rambut di tempat public. Kalau tak, diorang memang tak kasi masuk kawasan.
HARI KEDUA
Sesampai sahaja di Istanbul Airport, rombongan kami terus berjumpa dengan local guide kami iaitu Mr.Ehran and proceed perjalanan ke Cappadocia. First day di Turkey kali ni tak seperti trip I yang first time datang Turkey dimana first day dah berjalan kat tempat-tempat yang wajib like Topkapi Palace, Blue Mosque, Hippodrome Square dan Hagia Sofia. Tetapi first day of arrival ni the whole day memang untuk spend time dalam bus enjoy perjalanan ke Cappadocia. Sangat jauh dalam 8 jam perjalanan. Dalam perjalanan ke sana tu group kami ada singgah kat kedai makan untuk lunch and toilet break. Sampai di Cappadocia kami bermalam ni Burcu Kaya Hotel. Hotel yang agak unik ala-ala duduk dalam cave. Hotel ni ada swimming pool juga untuk sesiapa yang berminat nak mandi-manda tapi cuaca kat sini agak sejuk. Even tourist lain tak ada yang mandi kat pool tu. Time dinner, our group leader Ms.Rika dah pesan siap-siap supaya bangun awal untuk esoknya sebab ikut initiary group ni akan menaiki hot air balloon. I awal-awal dah bagi tahu Mr. Ehran and Ms.Rika yang I can't join the hot balloon trip sebab I'm on my 6th month of pregnancy and takut membahayakan kandungan. I even googled and it is not recommended sebab takut hentakan masa nak mendarat tu kuat dan effect pada kandungan. I don't mind though sebab dah pernah naik sebelum ni dan tak rugi apa-apa sebab the hot air balloon ride is FREE. Yes, under IBC Tour Corporation punya pakej ke Turki memang diorang provide free hot air balloon ride. If u asked me, I memang rasa sangat-sangat berbaloi sebab fee untuk naik tu will cost u about RM800 per person.
| Hotel Burcu Kaya, Cappadocia. Sangat suka tengok hasil seni bina hotel kat sini, classic. Binaan dia pun menggunakan batu-bata yang dah berpuluh tahun usianya. |
HARI KETIGA
Pagi dalam pukul 4.00 pagi I dah bangun and kejut my sister untuk get ready for hot air balloon ride. Walaupun I tak join tapi I nak menikmati the view from the hotel since I found a secret spot (kat roof top). When the group dah chow naik van untuk ke tempat hot air balloon tu I pun meronda-ronda kat sekitar hotel tu sambil tu berborak dengan uncle cleaner. He even gave me staff wifi password sebab yang untuk hotel guest sangat slow. Tunggu punya tunggu kat roof top hotel tu I dah pelik sebab dah pukul 7 pagi tapi I still cannot see any balloons from the roof top. Rupanya cuaca tak mengizinkan sebab angin kuat so they cancelled the ride. Tapi tak apa sebab group kami memang stay kat Cappadocia for two nights. Ada lagi peluang untuk diorang naik esok pagi. After group semua dah sampai hotel and breakfast, all of us bergerak ke Goreme Valley, Cervansarai, Underground City, Sunset Hill, Pottery Village, Pigeon Valley and Onyx Product Village. Semua tempat ni adalah tempat yang sama I pernah pergi dulu. Tempat yang I tak masuk cuma Underground City sebab tak larat nak masuk turun naik tempat sempit. Malamnya kami masih bermalam di hotel yang sama tapi dah siap kemas-kemas barang untuk check out esoknya. Orang lain masih kena bangun awal sebab nak kejarkan hot air balloon ride.
| Ini lah secret spot yang I jumpa. Kat roof top hotel. Disebabkan sorang je kat roof top ni pakai timer la apa lagi. |
| Cubaan nak buat aksi yoga tapi perut tak mengizinkan. Dari belakang tak nampak macam pregnant. |
| Nama tempat ni Goreme Valley yang penuh dengan batu-batuan yang bentuk dia memerlukan imaginasi yang tinggi. |
| Burung-burung di Pigeon Valley. Kena berhati-hati sikit kat sini supaya tidak diberakkan oleh geng-geng pigeon kat sini. |
| Macam biasa posing dari belakang nak cover perut boyot. |
No comments:
Post a Comment